Pages

Thursday, 26 February 2015

Hari Darwin 2015 by Pac Kun

This article is written by Pac Kun and is taken from his blog: http://pacuniverse.blogspot.com/2015/02/hari-darwin-2015.html

(Darwin my man. Great scientists and a naturalist. )

Hari yang paling aku tunggu2 dalam bulan ni adalah Hari Darwin. Bagi aku, Darwin adalah salah satu dari hero aku. Begitu juga dengan Nikola Tesla, Einstein dan ramai lagi saintis dari masa dulu. Nama penuh beliau adalah Charles Robert Darwin. Bapanya bernama Robert Waring Darwin. Dalam mendekati sains dari asas ke big bang, cosmologi, fizik (sikit sikit la), quantum mekanik, string theory, multiverse theory (masih hipotesis) aku terjumpa satu topik yang menarik ia berkenaan asal usul, teras biologi, evolution. 
Sebenarnya Hari Darwin tu disambut di seluruh dunia pada 12/2/2015. Tapi Hari Darwin tak dapat cuti sehari, well it's not a holiday, well ia macam hari penghargaan macam tu la, so semua orang bekerja hari Khamis dan Jumaat macam biasa. Terpaksa la benda tu dibawa ke hari Sabtu di Pusat Sains Negara.

Ini first time aku pergi sini. Tapi aku terdatang lambat pulak. Kira ada 30 minit tertinggal tayangan filem Inherit The Wind di Makmal Watson-Crick.

(Watching inherit the wind ♡)

Tapi memang boleh tahan cerita itu. Nampak sangat jelas2 pendidikan di US menolak teori evolusi didalam biologi pada mata pelajaran sains di masa lampau. Semua ajaran yang boleh dipercayai adalah melalui the Bible. Sains tadak. Habis tayang masing2 tepuk tangan. Haha! Cerita tu memang awesome. Memang tepat pilihan Pepper! Lepas tu Pepper cakap kuat2 kat semua orang yang Pac Kun nak take group photo. Alamak! Terkial2 aku pasang tripod. Alamak! Masing2 tengah menunggu.

(Yang kat sebelah aku tu Sam. Co founder APOSL. Baris ke 2 yang aku kenal Ecah, Ken dan Mike. Baris ke 3 yg aku kenal Yat, adik ken, amoi Sabah cosplay, amoi putih gile, Pepper, doktor pakar kulit, Hafiz dan Terence.)

Lepas buat test shot 10 saat, then we have a go with full member shot! Hah! See that?? 10 orang Melayu ada dalam group yang hadir (ini bukan semua jumlah ahli). T^T !!!! Aku sangat terharu. Akhirnya jumpa jugak dengan orang yang sama fahaman tentang sains dan evolusi serta. Mula2 aku agak pandang rendah bagi 1-2 orang ahli tu... tapi aku buat silap. Aku mintak maaf lepas kenal dia orang. Sorry~~~ I was wrong and I feel ashamed of myself. Dan dapat juga berjumpa ahli lain dan baru. Separuh dari dia orang aku kenal. Separuh lagi tak kenal.

(Permandangan kat luat psn. Terus aku pasang tripod kat sini.)

Ada yang datang dari berbagai background. Ada yang baru kenal APOSL.


Then we go outside the lab and drink coffee and biscuits. It was fun. Ingatkan dah habis dah lepas tu. Tapi Pepper ajak kita orang lepak sampai habis waktu. So aku okay. Jom pergi McD Bangsar. Perbualan topik masa dalam kereta adalah yang terbaik. Sesungguhnya mereka adalah my people. Lepas itu disambung dekat McD.

Kami bual sampai malam non stop tentang sains, falsafah, theologi dan politik semasa. Sangat suka dengan dengan perbualan macam ni. Nampak kami macam hero dekat McD masa tu. Orang lain banyak pasang telinga. Yes!

(oh yeah~~)



Lepas pukul 10 malam, kami bersurai. Penuh rasa puas hati, rasa beruntung, dan hidup semula. Terima kasih Pepper dan Sam sebab sudi jayakan perjumpaan group APOSL atas nama Darwin. It's great stuff and we want more!!

No comments:

Post a Comment