Dragging Malaysians into the next century since 2012.
Saturday, 20 June 2015
Melawan Sains Palsu Dalam Masyarakat
Hari ini APOSL menjemput Muhammad Musoddiq Bin Jaafar untuk memberi ceramah bertajuk Melawan Sains Palsu Dalam Masyarakat.
Beberapa bulan yang lalu, saya menjumpai satu komuniti Facebook bernama Pseudoscience Watch yang banyak membongkar produk-produk dan perkongsian online yang berasaskan sains yang tidak betul atau palsu. Saya mengajak kumpulan ini untuk berkongsi pandangan mereka dengan APOSL.
Mereka menghalakan saya kepada Muhammad Musoddiq. Muhammad memegang ijazah dari Universiti Malaya dalam bidang Eksperimen Fizik.
Pada mulanya beliau berkata dia akan bercakap selama 30 minit sahaja disebapkan bulan puasa. Tetapi akhirnya, dia bercakap selama 2 jam!
Dia menjelaskan ilmu yang digunakan oleh orang-orang tertentu dan syarikat-syarikat tertentu yang mempromosikan produk-produk yang meragui. Satu daripadanya ialah produk yang boleh detox badan daripada racun-racun dalaman, kononnya. Produk ini dilekatkan pada tapak kaki dan kaki direndam dalam air. Setelah beberapa minit, air kelihatan gelap. Kononnya itu adalah racun yang keluar daripada badan pesakit dengan pertolongan produk yang berkenaan. Kami para hadirin semua gelak apabila ketahui fakta yang sebenar daripada Muhammad.
Selepas perkongsian Muhammad, kami bercadang untuk menghasilkan video pendek untuk orang awam supaya tidak tertipu oleh produk-produk yang mempunyai dakwaan yang luar biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hebat! Tak sabar nak tunggu video Sdr. Muhammad! Sedih tadi sesat tak jumpa tempat perhimpunan. *nanges*
ReplyDeleteHebat! Tak sabar nak tunggu video Sdr. Muhammad! Sedih tadi sesat tak jumpa tempat perhimpunan. *nanges*
ReplyDeleteScientists are working day and night to make something good fot the humanity and they succed a lot. Look in here resume professional writers reviews Good luck!
ReplyDelete